Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008
BAHAGIAN V - MASJID
Seksyen 67. Jawatankuasa Kariah
(1) Majlis boleh, atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat peraturan bagi—
(a) penubuhan Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid;
(b) menetapkan cara bagaimana anggota Jawatankuasa Kariah itu hendak dilantik; dan
(c) menetapkan fungsi Jawatankuasa Kariah itu.
(2) Jawatankuasa Kariah sesuatu kariah masjid, bersama-sama dengan Pegawai Masjid, hendaklah—
(a) bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik masjid dan semua tanah perkuburan Islam dalam kariah masjid itu;
(b) bertanggungjawab bagi kelakuan baik anak kariah masjid itu dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan
(c) memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam kariah masjid itu yang memerlukan perhatian Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.