ENAKMEN 11
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK (PENGESAHAN) 2007
Seksyen 2. Pengesahan
Segala perbuatan atau benda yang telah dilakukan atau yang berupa sebagai telah dilakukan oleh Kadi, Mahkamah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Pegawai Masjid, Pendaftar Sekolah-Sekolah
Agama dan oleh mana-mana orang atau badan lain menurut atau di bawah Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 [
En. 4/1993
] semasa tempoh dari 18 Februari 1993 sehingga 8 November 2006, iaitu tarikh sebelum tarikh yang ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 hendaklah disifatkan telah dilakukan dengan sah dan menurut undang-undang.
Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 5 April 2007.
[SUK(Ps.) 05/312]
NORAZLAN BIN YAHAYA
Setiausaha Dewan Undangan Negeri
Perlis
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.