ENAKMEN 3 TAHUN 2005
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2005

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang Dan Harta



Seksyen 99. Penjaga boleh menanggung kanak-kanak dari pendapatan

(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah boleh membuat peruntukan yang berpatutan dari pendapatan harta itu untuk menanggung nafkah dan pelajaran kanak-kanak itu memandangkan kepada taraf kehidupan kanak-kanak itu; tetapi tiada apa-apa jumlah wang lebih daripada tiga ratus ringgit sebulan boleh digunakan sedemikian tanpa kebenaran Mahkamah.

(2) Jika pendapatan dari harta kanak-kanak itu yang adalah dalam tangan penjaga itu tidak mencukupi bagi maksud itu, atau jika wang adalah dikehendaki untuk kemajuan kanak-kanak itu, maka Mahkamah boleh memerintahkan supaya peruntukan bagi maksud itu diadakan dari harta modal kanak-kanak itu dan, bagi maksud itu, Mahkamah boleh membenarkan apa-apa bahagian dari harta kanak-kanak itu dijual, digadaikan, atau digadai janji dan boleh memberi apa-apa arahan mengenainya sebagaimana yang perlu bagi kepentingan kanak-kanak itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.