ENAKMEN 14
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH (PENGESAHAN) 2007


Seksyen 2. Pengesahan

Segala perbuatan dan benda yang telah dilakukan atau yang berupa sebagai telah dilakukan oleh Pendaftar, Kadi Besar, Kadi, Mahkamah, Bailif, Peguam Syarie dan oleh mana-mana orang atau badan lain menurut atau di bawah Enakmen Prosedur Mal Mahkamah Syariah 1991 [En. 5/1993] semasa tempoh dari 18 Februari 1993 sehingga 8 November 2006, iaitu tarikh sebelum tarikh yang ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa Enakmen Prosedur Mal Mahkamah Syariah 1991 hendaklah disifatkan telah dilakukan dengan sah dan menurut undang-undang.


Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 5 April 2007.

[SUK(Ps.) 05/312]
NORAZLAN BIN YAHAYA
Setiausaha Dewan Undangan Negeri
Perlis




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.