ENAKMEN 13
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH (PENGESAHAN) 2007


Seksyen 2. Pengesahan

Segala perbuatan dan benda yang telah dilakukan atau yang berupa sebagai telah dilakukan oleh Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Syariah, Mahkamah Kadi, Mufti, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Jawatankuasa Ulang Bicara, Pendakwa Syarie, Peguam Syarie, Pendaftar Mahkamah dan oleh mana-mana orang atau badan lain menurut atau di bawah Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991 [En. 5/1992] semasa tempoh dari 3 Disember 1992 sehingga 8 November 2006, iaitu tarikh sebelum tarikh yang ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991 hendaklah disifatkan telah dilakukan dengan sah dan menurut undang-undang.

Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 5 April 2007.

[SUK(Ps.) 05/312]
NORAZLAN BIN YAHAYA
Setiausaha Dewan Undangan Negeri
Perlis




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.