Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 155. Zina.

(1) Barang siapa yang bersetuboh dengan sa-orang yang di-ketahui-nya atau ia pada masa itu isteri kapada orang lain atau ada sebab2 yang boleh di-perchaya bahawa orang itu ia-lah isteri orang lain dan persetubohan it!! bukan menjadikan satu kesalahan rogol, ada-lah melakukan kesalahan zina dan boleh-lah di-hukum penjara tidak lebeh daripada satu tahun dan boleh-lah juga di-kenakan denda tidak lebeh daripada satu ribu ringgit.

(2) Barang siapa bersetuboh dengan sa-orang perempuan yang bukan isteri kapada orang lain, jika persetubohan itu bukan membangkitkan satu tudohan rogol, ada-Iah melakukan kesalahan zina, dan apabila di-dapati salah oleh Mahkamah yang berkuasa boleh-Iah di-hukum penjara tiada lebeh daripada satu tahun atau denda tiadalebeh daripada satu ribu ringgit atau kedua-nya sa-kali penjara dan denda.

(3) Mana2 perempuan yang bershubahat melakukan kesalahan yang tersebut dalam pechahan2 (1) dan (2) dalam fasal ini boleh di-hukum penjara tidak lebeh daripada enam bulan atau denda tidak lebeh daripada lima ratus ringgit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.