Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

PERATORAN DI-DALAM PERBICHARAAN JINAYAH



Seksyen 68. Perbicharaan.

(1) Mana2 kebenaran yang di-kehendaki bagi menjalan-kan da'awaan hendak-Iah di-sahkan oleh Mahkamah.

(2) Tudohan hendak-Iah di-bacha dan di-terangkan kaatas yang kena tudoh. Jika ia mengaku salah maka bolehlah ia di-jatohkan hukuman di-atas pengakuan-nya itu.

(3) Jika orang yang di-tudoh itu minta bichara atau tiada mahu mengaku, maka penda'awa hendak-lah menyatakan dengan rengkas-nya perkara yang hendak di-terangkan dan demikian jua undang2 yang berkaitan dan lepas itu hendaklah memanggil saksi2-nya.

(4) Tiap2 saksi hendak-lah di-pereksa oleh pehak yang memanggil-nya dan boleh di-soal balas oleh pehak yang melawan. Soal balas itu boleh di-perbuat dengan tujuan hendak menentukan benar atau bohong. Pehak yang memanggil saksi itu boleh-Iah pula memereksa-nya sa-kali lagi di-atas perkara2 yang timbul daripada soal balas itu. Mahkamah boleh bertanya pada mana2 saksi bila2 masa. Apa2 soalan lagi boleh di-buat atau saksi2 boleh di-panggil sa-mula dengan kebenaran Mahkamah.

(5) Lepas mendengar keterangan - saksi2 bagi pehak penda'awa Mahkamah itu hendak-Iah sarna ada membuang bichara itu atau menyuroh orang yang di-tudoh membuat pembelaan.

(6) Jika di-suroh membuat pembelaan-nya maka orang di-tudoh itu boleh-Iah berchakap kapada Mahkamah dan sa-telah itu boleh berchakap dengan bersumpah atau boleh memberi keterangan atau mernbuat kenyataan dengan tidak bersumpah atau pengakuan. Jika demikian maka dia tiada boleh di-soal balas atau pun boleh berdiri dengan berdiam. Jika ia mernbuat keterangan boleh-Iah ia di-soal balas, tetapi tiada-Iah boleh di-soal di-atas kelakuan-nya atau di-atas kesalahan yang tidak di-tudohi di-atas-nya.

(7) Orang yang di-tudoh boleh-Iah rnernanggil saksi2-nya.

(8) Orang yang di-tudoh boleh rnenerangkan perbicharaan itu bagi diri-nya.

(9) Penda'awa boleh-Iah rnenjawab penerangan-nya itu.

(10) Mahkamah itu hendak-Iah sarna ada menjatohkan kesalahan ka-atas atau rnelepaskan orang yang di-tudoh itu daripada tudohan.

(11) Jikalau yang di-tudoh di-dapati salah Mahkamah boleh di-beritahu kesalahan-nya yang dahalu dan hendaklah mengambil pandangan di-atas rnenirnbangkan permintaan kasehan belas.

(12) Mahkamah itu hendak-Iah rnenyatakan hukuman mengikut undang2.

(13) Pad a bila2 masa dalam perbicharaan sa-belum di-nyatakan pendapat, penda'awa boleh-Iah sa-kira-nya ia memikirkan patut, memberi tahu Mahkamah yang ia tiada berchadang meneruskan penda'awaan-nya terhadap yang di-tudoh mengenai tudohan itu dan sernua penda'awaan yang di-hadapkan kapada yang di-tudoh boleh-Iah di-tarek balek dengan kebenaran Mahkamah dan jika tudohan itu telah di-tarek balek, maka yang di-tudoh hendak-Iah dilepaskan daripada tudohan itu. Pembebasan itu tidak-lah berma'ana lepas dari tudohan melainkan dengan perentah Mahkamah.

(14) Hendak-Iah Mahkamah itu pada sa-tiap masa memuaskan hati-nya bahawa orang yang di-tudoh mengerti keadaan dan ma'ana perbicharaan itu dan ada peluang membela diri-nya.

(15) Semua keterangan hendak-Iah di-ambil di-hadapan orang yang di-tudoh dan hendak-Iah di-terjemahkan kapada-nya jika di-ambil keterangan di-dalam bahasa yang tiada di-fahami-nya.

(16) Mahkamah itu hendak-Iah membuat peringatan keterangan2 dengan bertulis saperti yang di-tutorkan dan, juga membuat peringatan di-atas pendapat2 dan hukuman yang di-jatohkan-nya, jika ada.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.