ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2001


Seksyen 9. Perakuan oleh Jawatankuasa Tatatertib

(1) Adalah sah disisi undang-undang bagi Jawatankuasa Tatatertib untuk memperakukan kepada Majlis supaya perkhidmatan seorang pegawai ditamatkan demi kepentingan awam walaupun tiada prosiding tatatertib telah dijalankan di bawah Enakmen ini.

(2) Suatu perakuan kepada Majlis di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan suatu laporan penuh alasan-alasan yang padanya perakuan itu diasaskan.

(3) Majlis boleh mengarahkan Setiausaha supaya mengemukakan apa-apa maklumat tambahan kepada Majlis berkenaan dengan pegawai itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Majlis.

(4) Jika, selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (2) dan apa-apa maklumat tambahan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3) Majlis berpuas hati bahawa, dengan mengambil kira syarat-syarat perkhidmatan, kerja, kelakuan dan kebergunaan pegawai itu dan semua keadaan lain kes, adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Majlis boleh menamatkan perkhidmatan pegawai itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.