Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965
BAHAGIAN II
PERATORAN MESHUARAT
Seksyen 24. Panggilan meshuarat.
(1) Semua meshuarat Majlis hendak-Iah di-panggil oleh Setia-usaha.
(2) Yang di-Pertua boleh-Iah pada bila2 masa memerentahkan Setia-usaha memanggil meshuarat.
(3) Setiausaha hendak-Iah memanggil meshuarat dalam masa empat belas hari daripada masa menerima perentah atau mengikut pechahan (2) dalam fasal ini.
(4) Sa-kurang2-nya hendak-Iah di-beri tahu dengan bertulis sa-belum tujoh hari bagi mengadakan mana2 meshuarat.
(5) Surat2 memanggil meshuarat boleh-Iah di-hantar dengan pos kapada temp at tinggal ahli meshuarat itu. Yang demikian boleh-Iah di-anggap saperti telah di-hantar kapada-nya mengikut perjalanan pos. Tiada-Iah payah di-hantar surat panggilan meshuarat kapada mana2 ahli yang pada masa itu tiada di-dalam negeri ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.