ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2001
Seksyen 13. Alasan bagi surcaj
Seseorang yang adalah atau pernah berada dalam penggajian Majlis boleh disurcaj jika ternyata kepada Majlis bahawa orang itu—
(a) tidak atau telah gagal untuk memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Majlis yang bagi pemungutannya dia adalah atau telah dipertanggungjawabkan;
(b) adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak sepatutnya daripada Majlis atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
(c) adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang-barang simpanan atau harta lain Majlis;
(d) sebagai atau sebagai seorang yang pernah menjadi seorang pegawai akaun, tidak atau telah gagal untuk menyimpan atau memantau akaun atau rekod yang sepatutnya bagi Majlis; atau
(e) tidak atau telah gagal untuk membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Majlis kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.