Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965
BAHAGIAN VI - NIKAH, CHERAI DAN RUJO'
Seksyen 120. Kuasa meng'akadkan.
(1) Sa-suatu nikah itu hanya boleh di-'akadkan mengikut Hukum Shara' oleh Pendaftar bagi tempat nikah itu diakadkan.
(2) Sa-suatu nikah itu boleh di-'akadkan oleh sesiapa yang di-Iuluskan oleh Hukum Shara' pada menikahkan jika
pernikahan itu di-perbuat di-hadapan Pendaftar atau dengan kebenaran Pendaftar itu.
(3) Sa-orang Pendaftar boleh meng'akadkan nikah dengan permintaan wali perempuan yang hendak di-kahwinkan itu
tetapi sa-belum meng'akadkan nikah itu hendak-Iah ia membuat penyiasatan yang penoh supaya memuaskan hati-nya'
bahawa tidak ada halangan yang sah mengikut Hukum Shara dan 'Adat Melayu terhadap perkahwinan itu dan tidak boleh ia melakukan akad nikah itu sa-hingga ia berpuas hati. Kerana tujuan penyiasatan itu maka boleh-Iah ia menghendaki mana2 orang Islam supaya hadhir dihadapan-nya untok memberi keterangan atau menunjokkan sa-suatu surat.
(4) Pendaftar boleh meng'akadkan nikah perempuan yang tiada berwali. Jika wali perempuan yang akan nikah itu
enggan membenarkan nikah itu dengan tiada sebab2 yang di-Iuluskan oleh Hukum Shara', maka nikah itu boleh-Iah
di-'akadkan oleh Kadhi atau Kadhi Besar dengan sharat perempuan itu berumor delapan belas tahun atau lebeh. Sa-belum meng'akadkan nikah itu maka Kadhi atau Kadhi Besar hendaklah menjalankan siasat sa-bagaimana yang tersebut di-dalam pechahan (3) dalam fasal ini.
(5) Jika perempuan yang hendak nikah itu janda :
(a) maka tidak-Iah boleh ia nikah dengan laki2 yang lain daripada suami-nya yang telah mencheraikan
ia dahulu pada bila2 masa sa-belum habis 'iddah yang di-kira mengikut Hukum Shara';
(b) maka tidak-Iah boleh ia nikah melainkan terlebeh dahulu hendak-Iah ia menunjokkan:
(i) surat keterangan mati suami-nya yang dahulu;
(ii) surat keterangan cherai yang telah di-keluarkan dengan sah di-bawah undang2 yang berjalan kuat kuasa-nya; atau
(iii) salinan surat yang telah di-sahkan berkaitan dengan percheraian itu daripada buku daftar cherai; atau
(iv) surat keterangan, jika di-pinta-nya lepas daripada siasatan yang halus oleh Mahkamah Kadhi yang berkuasa di-tempat si-perempuan itu tinggal, mengatakan ianya sa-orang janda; atau
(v) surat keterangan yang sah yang menunjokkan yang ia telah memeluk Ugama Islam;
(c) jika pencheraian itu dengan tiga talaq, maka perempuan itu tidak boleh di-kahwinkan sa-mula dengan suami-nya yang dahulu itu, melainkan sabelum perkahwinan itu ia hendak-Iah telah sah di-kahwinkan dengan sa-orang yang lain dan perkahwinan itu hendak-Iah ada persetubohan dan kemudian-nya di-batalkan dengan sah;
(d) jikalau perempuan itu telah di-hukum cherai oleh Mahkamah mengikut Hukum Shara', maka tiada-lah boleh ia di-nikahkan dengan orang lain daripada suami-nya yang di-hukum bercherai itu salagi hukuman itu maseh menunggukan keputusan Jawatan-kuasa Ulang Bichara atas perkara itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.