Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965
PERATORAN PERBICHARAAN MAL
Seksyen 79. Saman dan menyampaikannya.
(1) Sa-lain daripada salin an tuntutan yang asal maka hendak-lah si-penuntut menyerahkan kapada Mahkamah
sa-keping salinan bagi tiap2 orang yang kena tuntut.
(2) Mahkamah itu hendak-Iah mengeluarkan saman kapada sa-orang yang kena tuntut dan hendak-lah di-suroh sampaikan saman bersama dengan satu salinan tuntutan itu kapada yang kena tuntut. Saman itu hendak-lah memerentahkan yang kena tuntut itu hadhir menjawab tuntutan itu di-tempat, hari dan waktu yang di-tentukan dan hendaklah juga memberi amaran ia-itu jika dia tiada hadhir Mahkamah boleh membenarkan tuntutan itu sa-kali pun ia tiada hadhir.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.