ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2001


Seksyen 6. Pihak berkuasa tatatertib

(1) Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan semua pegawai ialah Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan mengikut Bahagian I Jadual Kedua, dan peruntukan-peruntukan Bahagian itu hendaklah terpakai bagi, dan dipatuhi oleh Jawatankuasa Tatatertib.

(2) Dalam menjalankan bidang kuasa tatatertibnya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mematuhi tatacara yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah dan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan hukuman tatatertib yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.