Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN VI - NIKAH, CHERAI DAN RUJO'



Seksyen 129. Nikah tidak sah.

(1) Apabila di-dapati sa-barang nikah yang tidak sah mengikut Hukum Shara' maka tertanggong-Iah kapada sasaorang membuat pengaduan kapada Mahkamah Kadhi. Mahkamah itu hendak-Iah menjalankan penyiasatan dan memberikan apa2 keputusan-nya.

(2) Jika nikah yang saperti ini sudah berlaku dan surat keterangan nikah-nya sudah di-keluarkan maka boleh-Iah Mahkamah itu memerentahkan supaya surat itu di-serahkan balek ka-Mahkamah untok di-mansokhkan dan nikah itu terbatal. Pembatalan yang demikian hendak-Iah di-siarkan dan di-daftarkan cheraian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.