ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa



Seksyen 20. Penerusan prosiding dalam Mahkamah Rayuan Syariah walaupun Hakim tiada.

(1) Jika, dalam perjalanan apa-apa prosiding, atau, dalam suatu penghakiman tangguhan, pada bila-bila masa sebelum pengumuman penghakiman, mana-mana Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar prosiding itu tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsinya sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah itu, maka, jika kedua-dua pihak bersetuju, pendengaran prosiding itu hendaklah diteruskan di hadapan, dan penghakiman atau penghakiman tangguhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diberikan oleh dua orang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang ada itu, dan Mahkamah Rayuan Syariah itu hendaklah, bagi maksud-maksud prosiding itu, disifatkan telah dianggotai dengan sempurna.

(2) Dalam mana-mana kes seperti yang tersebut dalam subseksyen (1), jika tiada keputusan sebulat suara oleh kedua-dua Hakim yang ada, rayuan itu hendaklah didengar semula.

(3) Jika di bawah subseksyen (1) kedua-dua pihak tidak memberikan persetujuan mereka, atau lebih daripada seorang Hakim tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsi mereka sebagai Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah itu, rayuan itu hendaklah didengar semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.