Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN VI - NIKAH, CHERAI DAN RUJO'



Seksyen 127. Rujo'.

(1) Di-dalam masa tujoh hari daripada di-rujo'kan cherai si-suami hendak-lah membuat permintaan mendaftar-kan Rujo' dalam borang yang tertentu kapada Pendaftar yang telah mendaftarkan cherai itu.

(2) Pendaftar hendak-lah menyiasat supaya puas hati-nya yang cherai itu telah di-rujo'kan mengikut Hukum Shara'. Dalam tiap2 perkara yang mana rujo' itu berlaku lepas daripda tempoh sa-bulan daripada tarikh cherai itu maka penyiasatan hendak-lah di-jalankan kapada kedua2 pehak mareka ia-itu suami dan isteri.

(3) Jikalau Pendaftar telah puas hati yang cherai itu telah di-rujo'kan mengikut Hukum Shara' maka boleh-lah ia, sa-telah menerima bayaran daftar rujo' yang tersebut, membuat peringatan di-dalam Buku Daftar Rujo' dan mengeluarkan surat keterangan Rujo'.

(4) Jika sa-kira-nya cheraian itu di-batalkan maka Pendaftar hendak-lah membuat peringatan di-dalam Buku Daftar Rujo' dan mengeluarkan surat keterangan Rujo'.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.