ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Seksyen 90. Peletakhakan harta wakaf, nazr dan amanah pada Majlis


Semua harta yang tertakluk kepada seksyen 89 hendaklah tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan hakmilik, dan, dalam hal harta tak alih, sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, terletak hak pada Majlis bagi maksud wakaf, nazr ‘am atau amanah yang menyentuh harta itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.