ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN XI - AM



Seksyen 122. Kecualian dan peralihan


(1) Semua kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa Enakmen yang dimansuhkan oleh seksyen 121 Enakmen ini hendaklah terus berkuat kuasa setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.

(2) Apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, semua kuasa Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen yang terdahulu hendaklah diambil alih atau dijalankan oleh Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini dan mana-mana sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya mengenai Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen yang terdahulu hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.