ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 80. Peguam Syarie


(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) dan (4), Majlis boleh menerima masuk mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak sebagai Peguam Syarie untuk mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah.

(2) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Besar, membuat peraturan-peraturan—

(3) Walau apa pun subseksyen (1)—

boleh bertindak sebagai Peguam Syarie bagi mewakili mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding dalam Mahkamah Syariah jika pihak itu boleh diwakili olehnya dalam mahkamah sivil menurut kuasa Akta Profesion Undang-Undang 1971[Akta 166], tanpa anggota atau orang itu perlu diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta itu.

(4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima masuk sebagai seorang Peguam Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri di Malaysia hendaklah diterima masuk sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Sembilan apabila permohonan dibuat olehnya kepada Majlis dengan disertai keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah diterima masuk sebagai Peguam Syarie di Negeri lain itu.

(5) Seseorang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini, telah diterima masuk sebagai seorang Peguam Syarie di bawah Enakmen yang terdahulu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, disifatkan telah diterima masuk sebagai seorang Peguam Syarie dan adalah berhak untuk hadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah itu.

(6) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tiada seorang pun, selain Peguam Syarie atau orang yang disebut dalam subseksyen (3), berhak hadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.