ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996


Seksyen 5A. Prosiding Jemaah.


(1) Jemaah hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun.

(2) Bilangan anggota yang perlu hadir untuk korum bagi sesuatu mesyuarat Jemaah ialah empat orang tidak termasuk Pengerusi.

(3) Prosiding Jemaah tidak boleh dianggap sebagai tidak sah atas sebab terdapatnya apa-apa kekosongan keanggotaan Jemaah atau apa-apa kecacatan dalam pemilihan atau pelantikan mana-mana anggota.

(4) Tiap-tiap persoalan yang hendak ditentukan di dalam sesuatu mesyuarat itu hendaklah dibuat secara undi lebih suara anggota yang hadir dan jika terdapat undi sama bahagian, Pengerusi mempunyai undi penentuan.

(5) Tiap-tiap mesyuarat Jemaah hendaklah dipanggil oleh Pengerusi yang akan mengarahkan Setiausaha memberitahu anggota secara bertulis sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum mesyuarat, dan notis itu hendaklah dihantar kepada anggota-anggota bersama dengan agenda mesyuarat.

(6) Mana-mana tiga orang anggota boleh secara bersama dengan memberi notis bertulis kepada Pengerusi memohon supaya diadakan suatu mesyuarat dan jika permohonan seperti itu dibuat, Pengerusi hendaklah, walau apa pun dalam subseksyen (5), dengan seberapa segera yang boleh memanggil mesyuarat.

(7) Pengerusi atau semasa ketiadaannya, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat.
[Mas. En. 2/02]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.