ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran


Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain---

“Jawatankuasa” ertinya badan yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam di bawah subseksyen 20(1) dalam Enakmen ini;
[Mas. En. 2/02]

"Jemaah" ertinya Jemaah Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

[Dipotong En. 2/02]

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam yang ditubuhkan di bawah seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 2002;
[Pin En 2/03]

"Nazir Sekolah Islam" ertinya Nazir yang dilantik di bawah seksyen 17;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3;
[Pin En 2/03]

"Sekolah Islam" ertinya mana-mana sekolah agama Islam di dalam Negeri Sembilan, termasuk masjid, madrasah, surau, pusat Islam, pondok dan tadika, di mana empat orang atau lebih didaftarkan untuk mempelajari atau akan diajari mata-mata pelajaran yang termasuklah mana-mana mata pelajaran yang berhubungan dengan agama Islam, tetapi tidak termasuk mana-mana sekolah agama Islam yang berada di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan;
[Pin. En. 5/99], [Mas. En 2/02]
"Timbalan Pendaftar" ertinya Timbalan Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3.
[Mas. En 2/03]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.