ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 11. Keanggotaan Majlis


(1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:
[(vi) Mas. En. 4/04]
(2) Timbalan Pengerusi dan anggota-anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Besar atas nasihat Menteri Besar bagi apa-apa tempoh, yang tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Besar.

(3) Seseorang anggota yang tempoh jawatannya telah tamat boleh dilantik semula tetapi pelantikan semula itu tidak boleh melebihi dua penggal.

(4) Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang disebut dalam subperenggan (1)(c), (ii), (iii) atau (v) bukan orang Islam, Yang di-Pertuan Besar hendaklah melantik seorang pegawai lain yang beragama Islam yang paling kanan selepasnya daripada Jabatan atau Bahagian yang sama dengan orang itu untuk menjadi anggota bagi menggantikan orang itu.

(5) Tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini ialah Timbalan Pengerusi atau anggota yang dilantik bagi Majlis yang terdahulu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, masing-masing terus menjadi Timbalan Pengerusi atau anggota Majlis sehingga tempoh pelantikannya tamat.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.