ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 64. Permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu


(1) Suatu rayuan atau permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu di bawah perenggan 63(1)(c) hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah mengikut apa-apa cara yang ditetapkan, tetapi dalam apa-apa keadaan hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah atau keputusan yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat atau, dalam keadaan apabila pemohon tidak mengetahuinya pada tarikh itu dan tidak dapat dengan menjalankan usaha yang munasabah mengetahuinya, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah atau keputusan itu sampai kepada pengetahuannya.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah, apabila mendengar apa-apa permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu, boleh atas alasan khas melanjutkan masa untuk merayu, walaupun masanya telah habis tempoh.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.