ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Seksyen 91. Sekatan bagi pewujudan amanah khairat


(1) Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau hibah semasa marad-al-maut, tiada wakaf atau nazr yang dibuat selepas permulaan kuat kuasa seksyen ini dan melibatkan lebih daripada satu pertiga daripada harta orang yang membuat wakaf atau nazr itu boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.

(2) Tiap-tiap wakaf khas atau nazr yang dibuat selepas permulaan kuat kuasa seksyen ini adalah batal dan tidak sah melainkan jika—

(3) Seksyen ini tidaklah berkuat kuasa untuk menjadikan sah apa-apa wasiat, hibah semasa marad-al-maut, wakaf atau nazr yang tidak sah di bawah Hukum Syarak.

(4) Apa-apa wakaf atau nazr yang sah mengikut Enakmen yang terdahulu hendaklah terus sah bagi maksud Enakmen ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.