ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 19. Kuorum


Tiada urusan, kecuali urusan penangguhan, boleh dilakukan pada sesuatu mesyuarat, dan tiada ketetapan atau tindakan Majlis yang dibuat atau dilaksanakan pada sesuatu mesyuarat adalah sah melainkan jika sekurang-kurangnya satu pertiga daripada anggota, termasuk orang yang mempengerusikan mesyuarat, hadir pada mesyuarat itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.