ENAKMEN 2 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003


Seksyen 137. Kecualian dan peralihan


(1) Semua kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang mansuh menurut kuasa oleh Enakmen ini hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran, atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini. (2) Apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, semua kuasa Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah diambilalih atau dijalankan oleh Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini dan mana-mana sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya tentang Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahalu hendaklah disifatkan sebagai sebutan tentang Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini.
[Enakmen No 13 Tahun 2003]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.