ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 77. Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah
(1) Maka hendaklah ada suatu Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah.
(2) Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah hendaklah terdiri daripada—
(
a
) Ketua Hakim Syarie, sebagai pengerusi;
(
b
) Penasihat Undang-Undang Negeri atau wakilnya;
(c) Ketua Pendakwa Syarie; dan
(
d
) orang yang berikut yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie:
(i) seorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah;
(ii) seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah;
(iii) seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah;
(iv) seorang Peguam Syarie; dan
(v) seorang pegawai undang-undang yang berkhidmat dengan Biro Bantuan Guaman yang ditubuhkan di bawah Akta Bantuan Guaman 1971
[Akta 26]
.
(3) Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah dan hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa itu.
(4) Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(5) Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah boleh, membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam
Warta
, secara amnya tentang tatacara Mahkamah Syariah, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, kaedah-kaedah itu boleh membuat peruntukan bagi—
(
a
) tatacara dan amalan pejabat pendaftaran Mahkamah Syariah;
(
b
) fi, elaun dan kos yang kena dibayar berkenaan dengan prosiding dalam Mahkamah Syariah;
(
c
) tatacara mengenai
sulh
;
(
d
) borang, buku akaun, laporan dan dokumen lain yang hendak digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau benda yang dilakukan di bawah atau menurut mana-mana undang-undang tentang tatacara
mal
di Mahkamah Syariah; dan
(
e
) penjalanan Mahkamah, bentuk dan kaedah pelaksanaan surat cara dan pelantikan pegawai atau ejen Mahkamah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.