ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 108. Saat memeluk agama Islam


Seseorang itu memeluk agama Islam dan menjadi seorang orang Islam sebaik sahaja dia habis mengucapkan dua kalimah Syahadah dengan syarat bahawa kehendak-kehendak seksyen 107 dipenuhi; dan orang itu selepas itu disebut sebagai seorang muallaf.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.