ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN



Seksyen 5. Jemaah Pengurusan


(1) Sebelum sesuatu Sekolah Islam dibenarkan untuk didaftarkan di bawah Enakmen ini maka hendaklah ada satu surat cara cadangan untuk menubuhkan Jemaah Pengurusan Sekolah Islam, yang telah diluluskan oleh Pendaftar, seperti yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini.
[Gan. En. 2/02]

(2) Jemaah yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terdiri daripada—
[Gan. En. 2/02]
(3) Jemaah hendaklah melantik dua orang sebagai Pemeriksa Kira-Kira yang bukan dari anggota Jemaah.
[Mas. En. 2/02]

(4) Jika Pendaftar berpendapat bahawa mana-mana orang yang telah dicadangkan sebagai anggota Jemaah bukanlah seorang yang layak dan patut, maka dia boleh menolak cadangan itu dan Jemaah hendaklah, atas penolakan sedemikian, mencadangkan seorang lain sebagai ganti jika tidak Pendaftar boleh melantik mana-mana orang lain sebagai ganti orang itu untuk menjadi anggota Jemaah itu.
[Mas. En. 2/02]
(5) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menjejaskan kuasa Pendaftar di bawah Enakmen ini berhubungan dengan kelayakan, penolakan dan pemecatan mana-mana anggota Jemaah; dan jika terdapat apa-apa ketakkonsistenan di antara peruntukan dalam suratcara dan peruntukan Enakmen ini berhubungan dengan perkara tersebut, peruntukan Enakmen ini adalah mengatasi.
[Pin. En. 2/02]
(6) Guru Besar atau Pengetua sesuatu Sekolah Islam hendaklah dilantik menjadi Setiausaha Jemaah dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan keputusan Jemaah.
[Mas. En 2/03]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.