ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 2004


Seksyen 113A. Kesalahan mengenai khutbah.


(1) Mana-mana orang yang membaca atau menyampaikan khutbah tanpa kebenaran daripada Majlis adalah bersalah atas suatu kesalahan dan bolehlah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membaca atau menyampaikan khutbah selain khutbah yang disediakan atau dikeluarkan atau diedarkan atau diperakui oleh Majlis adalah bersalah atas suatu kesalahan dan bolehlah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
[Mas. En. 3/04]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.