ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 59. Pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah


(1) Yang di-Pertuan Besar, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, boleh melantik, daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am persekutuan atau perkhidmatan bersama, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.