ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 100. Pelantikan Pegawai Masjid


(1) Bagi tiap-tiap masjid dalam Negeri Sembilan hendaklah dilantik seorang atau beberapa orang Pegawai Masjid oleh Majlis.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), bagi tiap-tiap masjid yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Besar atas nasihat Majlis, Imam dan Bilal hendaklah dilantik daripada kalangan pegawai dalam perkhidmatan awam Negeri Sembilan, perkhidmatan awam am Persekutuan atau perkhidmatan bersama.

(3) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, tiap-tiap orang yang sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa mejadi Imam, Bilal atau Siak bagi masjid yang ditetapkan di bawah Enakmen yang terdahulu hendaklah masing-masing disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Imam, Bilal atau Siak bagi masjid itu dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 102, terus memegang jawatan sebagai Imam, Bilal atau Siak masjid itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.