ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa


(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Besar melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3) Yang di-Pertuan Besar boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Bahagian-bahagian atau peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Enakmen ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.