ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 40. Mendapatkan surcaj


Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah seksyen 37 dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 39 hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Majlis daripada orang yang disurcaj dan boleh didakwa dan didapatkan di mana-mana mahkamah atas guaman Majlis dan boleh juga, jika diarahkan oleh Majlis, didapatkan melalui potongan—

dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.