ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN KEWANGAN
Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis
Seksyen 83. Perbelanjaan Majlis
Semua kos, bayaran dan belanja untuk mentadbirkan harta dan aset yang terletak hak pada Majlis, termasuk kos penyenggaraan dan pembaikan mana-mana harta tak alih, gaji dan elaun semua pekhidmat Majlis, dan fi dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau anggota Majlis berkenaan dengan perkhidmatannya sebagai pekhidmat, pegawai atau anggota Majlis, hendaklah dibayar daripada harta dan aset
Baitulmal
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.