ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 25. Permohonan cuti oleh Pengerusi dan anggota lain


(1) Jika Pengerusi menjangkakan bahawa dia tidak akan berada di Malaysia selama lebih daripada tiga puluh hari, dia hendaklah memohon cuti daripada Yang di-Pertuan Besar, dan Yang di-Pertuan Besar boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2) Jika mana-mana anggota Majlis menjangkakan bahawa dia tidak akan berada di Malaysia selama lebih daripada tiga puluh hari, dia hendaklah memohon cuti daripada Pengerusi.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.