ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 28. Pewakilan kewajipan dan kuasa Majlis


(1) Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang difikirkan patut oleh Majlis, mewakilkan kepada Pengerusi atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa Majlis penunaian mana-mana kewajipannya atau penjalanan mana-mana kuasanya.

(2) Penunaian kewajipan-kewajipan dan penjalanan kuasa-kuasa menurut pewakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Pengerusi, Setiausaha atau jawatankuasa yang kepadanya pewakilan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu Majlis tentang semua perbuatan dan benda yang dilakukan olehnya menurut pewakilan itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.