ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 21. Kuasa untuk mengecualikan.


Majlis boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu Sekolah Islam atau demi kepentingan murid atau awam, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan Sekolah Islam itu daripada semua atau mana-mana peruntukan Enakmen ini, kecuali peruntukan tentang pendaftaran, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.
[Gan. En. 2/03]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.