ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA YANG BERKEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 53. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa


(1) Jika dalam mana-mana mahkamah, selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syarak perlu diputuskan, mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu kepada mahkamah yang membuat permintaan itu.

(2) Walau apa pun undang-undang bertulis yang berlawanan, Mufti tidaklah boleh disaman untuk memberikan pendapat atau keterangan mengenai Undang-undang Islam di dalam mana-mana mahkamah sivil atau Mahkamah Syariah tetapi jika di dalam mana-mana mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Undang-undang Islam patut diputuskan, mahkamah itu boleh meminta Mufti memberikan pendapat mengenai hal itu, dan Mufti boleh mengesahkan pendapatnya kepada mahkamah yang membuat permintaan itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.