ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran


(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ahli kariah” ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermastautin dalam sesuatu kariah masjid;

Baitulmal” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 81;

“Enakmen yang terdahulu” ertinya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 [En. No. 1/1991];

“Hakim Syarie” atau “Hakim” ertinya seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah subseksyen 58(1) atau 59(1);

“Hakim Mahkamah Rayuan Syariah” ertinya seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 57(1);

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hambali;

“Jawatankuasa Kariah” ertinya Jawatankuasa Kariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 104;

“Jawatankuasa Fatwa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 47;

“Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja di bawah peraturan 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia;

“kariah masjid”, berhubung dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan tempat masjid itu terletak;

“Ketua Hakim Syarie” ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah subseksyen 56(1);

“Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama” ertinya pegawai yang dilantik sebagai yang sedemikian di bawah seksyen 79;

“Ketua Pendakwa Syarie” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 78(1);

“Mahkamah” atau “Mahkamah Syariah” ertinya Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah subseksyen 55(1) atau 55(2);

“Mahkamah Rayuan Syariah” ertinya Mahkamah Rayuan Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 55(3);

“Mahkamah Sivil” ertinya mana-mana mahkamah yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1);

“Majlis yang terdahulu” ertinya Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang ditubuhkan di bawah Enakmen yang terdahulu;

“masjid” ertinya suatu bangunan—
dan termasuklah mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain yang ditetapkan oleh Majlis sebagai masjid di bawah seksyen itu; “muallaf” ertinya seseorang yang baru memeluk agama Islam di bawah seksyen 107;

“Mufti” ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti bagi Negeri Sembilan di bawah seksyen 45 dan termasuk Timbalan Mufti;

nazr” ertinya suatu ikrar yang dilafazkan untuk melakukan sesuatu perbuatan bagi apa-apa maksud yang dibenarkan oleh Hukum Syarak;

nazram” ertinya sesuatu nazr yang dimaksudkan keseluruhannya atau sebahagiannya bagi faedah masyarakat Islam pada amnya atau mana-mana bahagian masyarakat Islam, dan tidak bagi orang perseorangan;

“Negeri” termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya;

“orang Islam” ertinya—
“Pegawai Masjid” ertinya Imam, Bilal atau Siak bagi sesuatu masjid;

“Pegawai Penguat Kuasa Agama” ertinya pegawai yang dilantik sebagai yang sedemikian di bawah seksyen 79 dan termasuk orang yang dilantik untuk membantu;

“Peguam Syarie” ertinya seseorang yang diterima masuk sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 80;

“Pendakwa Syarie” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 78(3);

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis yang dilantik di bawah subseksyen 11(1);

“Setiausaha” ertinya Setiausaha Majlis yang disebut dalam seksyen 16;

“wakaf” ertinya apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa maksud khairat sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas menurut Hukum Syarak, tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208];

“wakaf am” ertinya sesuatu wakaf yang diwujudkan bagi maksud khairat umum mengikut Hukum Syarak; “wakaf khas” ertinya sesuatu wakaf yang diwujudkan bagi maksud khairat khusus mengikut Hukum Syarak.

(2) Semua perkataan dan ungkapan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Bahagian I Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah masing-masing mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam Bahagian itu setakat yang pengertian itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.