ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 26. Tindakan dalam hal yang mendesak


(1) Dalam apa-apa hal yang mendesak, Pengerusi boleh melakukan atau mengarahkan supaya dilakukan bagi pihak Majlis apa-apa perbuatan atau benda yang boleh dilakukan dengan sah melalui ketetapan Majlis.

(2) Jika apa-apa perbuatan atau benda dilakukan menurut subseksyen (1), suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam masa tujuh hari selepas itu bagi maksud meratifikasikan dan mengesahkan perbuatan atau benda yang dilakukan itu, dan jika Majlis enggan meratifikasikan dan mengesahkan perbuatan atau benda yang dilakukan itu, Yang di-Pertuan Besar boleh memberikan apa-apa arahan berkenaan dengannya sebagaimana yang difikirkannya patut.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.