ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN I - PERMULAAN
Bab I



Seksyen 2. Tafsiran.


(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang berlainan :

"Jenayah" ertinya jenayah syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini, Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1962, Enakmen Keluarga Islam 1979, Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988, Enakmen Zakat 1374 (1955) dan Kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya;

[Pin. En. 1/99]

"Kerajaan" ertinya Kerajaan Negeri Kedah Darulaman;

"Mahkamah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah seksyen 2 Enakmen Mahkamah Syariah 1983;

"Mahkamah Rayuan" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1983;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darulaman yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1962;

"Negeri" ertinya Negeri Kedah Darulaman;

"Pegawai Masjid" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1962;


"Pegawai Penguatkuasa" ertinya pegawai-pegawai penguatkuasa Agama yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.
[Mas. En. 1/99]
"Peguam" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1983;

"Peguam Syar'i" ertinya peguam yang ditubuhkan di bawah seksyen 8 (3) Enakmen Mahkamah Syariah 1983;

"Pengarah Pendakwa" ertinya Yang Dipertua, Majlis Agama Islam, Kedah Darulaman menurut seksyen 11 (2) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1962;
[Pin. En. 5/90]

"Penghulu" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1962;

"
Penyelia Agama" [Dipotong En 1/99];

"Kadi" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1983;

"Kadi Besar" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1983;

(2) Semua perkataan, perbahasaan, takrifan dan rangkaikata yang digunakan di dalam Enakmen ini tetapi tidak ditakrifkan dengan tertentu di dalamnya maka hendaklah disifatkan mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Tafsiran 1967.

(3) Jika timbul sebarang persoalan atau pertikaian dalam mentafsir sesuatu perkataan, perbahasaan dan rangkaikata mengenai Hukum Syarak maka adalah dalam bidangkuasa Mahkamah yang membicarakan kes itu untuk memberi takrifan kepada perkataan, perbahasaan dan rangkaikata sedemikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.