ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai pencelaan agama dan institusinya



Seksyen 53. Mengajar agama tanpa tauliah.


(1) Mana-mana orang yang mengajar agama tanpa tauliah daripada Jawatankuasa Tauliah di bawah subseksyen 118(3) Enakmen Pentadbiran, kecuali kepada ahli-ahli keluarganya di tempat kediamannya sahaja, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan bolehlah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Seseorang yang tauliahnya ditarik balik tetapi tidak mengembalikan tauliah itu kepada Jawatankuasa Tauliah adalah bersalah atas suatu kesalahan dan bolehlah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
[Gan. En. 3/04]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.