ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA YANG BERKEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 48. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa


Tertakluk kepada seksyen 52, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan Besar, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan suatu fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi yang berhubungan dengan Hukum Syarak.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.