ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 58. Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah


(1) Yang di-Pertuan Besar, atas nasihat Majlis dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika—

(3) Orang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini, memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Enakmen yang terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).

(4) Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.