ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 22. Minit


(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat Majlis.

(2) Pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan yang diperlukan.

(3) Minit itu hendaklah dicatatkan dalam buku minit Majlis dan hendaklah mengandungi rekod kata demi kata penuh bagi tiap-tiap ketetapan yang dibuat oleh Majlis.

(4) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, suatu salinan draf minit itu hendaklah dihantar kepada Yang di-Pertuan Besar, dan jika semasa draf minit itu disahkan minit itu dipinda, Yang di-Pertuan Besar hendaklah dengan segera dimaklumkan tentang pindaan yang dibuat itu.

(5) Tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana mesyuarat Majlis boleh diambil tindakan sehingga minit mesyuarat itu disahkan atau, jika tindakan perlu diambil sebelum minit itu disahkan, kelulusan bertulis daripada Pengerusi diperoleh.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.