ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 78. Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie


(1) Yang di-Pertuan Besar, atas nasihat Majlis, boleh melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa, yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.

(3) Majlis, atas syor Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, boleh melantik orang yang layak dan sesuai daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan atau perkhidmatan bersama menjadi Pendakwa-Pendakwa Syarie atau Timbalan-Timbalan Pendakwa Syarie.

(4) Pendakwa-Pendakwa Syarie hendaklah bertindak di bawah kawalan dan arahan am Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie, kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.