ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979
BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN
Seksyen 151. Penggunaan hasil.
Belif hendaklah menggunakan semua wang yang dilevi atau diterima olehnya melalui perlaksanaan mengikut susunan berikut:
(
a
)
yuran Mahkamah dan kamsen perlaksanaan;
(
b
)
perbelanjaan perlaksanaan;
(
c
)
pengembalian deposit si piutang-hukuman yang tidak digunakan;
(
d
)
apabila sesuatu perkara termasuk di dalam Bahagian XX, bayaran kepada Mahkamah hendaklah dilaksanakan mengikut peruntukan-peruntukan Bahagian tersebut;
(
e
)
apabila sesuatu perkara tidak termasuk di dalam Bahagian XX, bayaran kepada Mahkamah bagi faedah si piutang-hukuman hendaklah tidak melebihi amaun yang perlu untuk menjelaskan hukuman perlaksanaan dan kos perlaksanaan itu;
(
f
)
bayaran kepada Mahkamah wang baki untuk faedah si berhutang-hukuman.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.