ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Seksyen 92. Pendapatan daripada wakaf dan nazr


(1) Pendapatan yang diterima oleh Majlis daripada sesuatu wakaf khas hendaklah digunakan olehnya mengikut peruntukan sah bagi wakaf khas itu.

(2) Pendapatan daripada tiap-tiap wakaf selain wakaf khas dan tiap-tiap nazr ‘am hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Baitulmal.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.