ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
Seksyen 13. Pembatalan pelantikan
Yang di-Pertuan Besar, atas nasihat Menteri Besar, boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis yang dilantik jika—
(a)
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota atau selainnya, sebegitu rupa sehingga memburukkan nama Majlis;
(b)
dia telah menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya dengan sempurna sebagai anggota;
(c)
tanpa apa-apa alasan yang mencukupi pada pendapat Pengerusi, dia telah tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis secara berturut-turut;
(d)
dia telah bertindak bertentangan dengan kepentingan Majlis; atau
(e)
dia diisytiharkan bankrap.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.